Surat Dilukai & Melukai

1:58 am


Assalamualaikum..



Kehadapan makhluk yang pernah dilukai...

Tolong cekalkan hati..
Walaupun si dia dulu pernah kamu susah senang bersama,
pernah kamu sayang seketika, redha lah dengan ketentuanNya.. Dia lebih
mengetahui mana yang terbaek untuk untuk kamu sekalian.. Jika selalu mengingati si dia, panjatkan lah zikir supaya hati kamu lebih tenang.. Maafkan kesalahan si dia supaya tiada rasa dendam yang boleh membinasakan umat kita sendiri.. Luangkan masa kamu dengan orang yang lebih menyayangi kamu.. Si dia tidak layak lansung untuk berada di hati kamu.. kerana, yang selalu menyayangi kamu tidak akan berbuat begitu..


Chill la adekk maness



Mungkin akan ada insan yang lebih layak untuk mendapat kamu..
Dan pasti serta yakin! Kamu akan mendapat yang lebih baik..
Ingatlah, ape yang terjadi tidak perlu ditangisi lagi.. Hargai orang yang menghargai kamu.. Ingatlah, dunia sentiasa ke hadapan dan tidak akan kembalikan masa lampau zaman Cik Siti Wan Kembang..




Kehadapan makhluk yang pernah melukai...

Tidak perlu kamu berasa bangga dapat melukai hati orang lain..
Kerana kamu tidak layak untuk melukai hati orang lain..
Dan juga jangan terlalu bergembira dengan ape yang kamu kecapi dari hasil orang lain..
Berikan ruang dari hati kamu dan berfikir sejenak bahawa pernahkah kamu berada di tempat orang yang dilukai?
Jika kamu bergembira di atas tangisan orang lain..
Mungkin kebahgiaan kamu tidak akan kekal abadi..
Kerana di dunia tiada yang kekal abadi..
Mohon maaf pada orang yang kamu lukai adalah lebih baik..
Dengan erti kemaafan mungkin hati orang yang telah kamu lukai mampu tenang dan menjalani hidup seperti sedia kala..


Ni tak sukee.. tamo tamo tamo



Roda berputar, dunia juga berputar dan naseb jugak turut sama berputar..
Hukum karma juga sedia menanti..
Jujurlah pada yang dilukai dan tidak perlu menipu untuk menjaga hati..
Menjaga hati sanggup menipu akan lebih membuat si dilukai lebih tenat..




Selamat malam..
Saye tak boleh tido...
Tiap-tiap hari, mulakan hidup baru.. chill olsss... :)




Dengarkan lagu pebret sayee .. POKOK - Meet Uncle Hussain ft Hazama




You Might Also Like

0 geng bergosip!

Like us on Facebook