Tips Memilih Spectacle Ikut Bentuk Muka..

4:08 pm


Assalamualaikumm..

Rindu pulak kat blog neh.. lame gilakk tak update.. bukan tanak update tapi sibuk sangat mengalahkan mak datin.. Sejak praktikal ni mata dah mula sakit dan berair silau.. sakit sangat.. dulu tak ketara sangat tapi sekarang ketara dan terasa sangat.. Maybe sebab hari-hari tengok lapy..

Begini lah nasib kalau rabun + silau.. Bila dah tengok lapy, memula mata pedih-pedih.. nak tengok prof picture korang kat facebook pon da tak comfy... ahaks.. then after pedih mata dah mula berair dan idung auto terus macam nanges.. srootttt.. tepaksa la pegang tisu memanjang.. seksa nya ya Allah.. nape ea jadi camtu?

So, penyelesaian nye, kena pakai speck! Nak pakai speck cmna ni.. Sebab kalo pakai speck memang sebijik muka ummi.. nanti tertukar camna? konon nak nampak ranggi la konon.. da try pegi kedai speck tapi tak jumpa yang sesuai yang muka bujur kite neh.. aishh..

So bagi yang konpius gak, boleh la nak syerkan sedikit tips.. hope ia membantu kalo tak banyak pun sedikit.. hee

Saya.. saya!! hehe


* Mereka yang memiliki bentuk muka bujur amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah. Salah satu bentuk sunglasses yang padan dengan muka bentu bujur ialah Aviator.


* Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau bersudut tajam dapat mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.




* Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau coklat juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.


* Untuk wajah berbentuk empat segi atau petak, pilihan bingkai yang sesuai ialah yang berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.


Okies, dats all dear.. hope its helping all n me to!! =)
Source : selangor2u.com

You Might Also Like

0 geng bergosip!

Like us on Facebook