Edisi Orang Tua : Memaafkan Orang Dimurahkan Rezeki
11:43 pm
Assalamualaikum.. Ni Hao?
Siapa lah kita orang muda kalau tak ada orang tua.. Pengalaman tak dapat di warisi tapi boleh diceritakan untuk rujukan orang muda.. Weeee~
Orang Tua : Beli roti mahal.. Mesti ko ni banyak duit kan?
Sya : Weyyyy, roti ni je pun ada jual sini.. Ko la banyak duit!
Orang Tua : Mesti ko tak pernah rasa cari duit kot kot terjumpa 20sen ke.. Ko penah sampai tahap tu tak?
Sya : Penahhhhhhhh lahhhhhh, tak kan semua nak citer kat ko..
Orang Tua : Aku ni penah kaya sampai duit bersepah, bukan nak cakap besar.. Tapi Allah tu tarik semua sebab aku lalai.. Aku tak bersyukur duit tu buat benda tak elok..
Sya : Dasyattttt ar.. Tapi sekarang ko dah ok semua kan?
Orang Tua : Tulaaa, aku penah keje macam macam weh, sampai tahap jadi Direct salesman..
Sya : Asal weh?
Orang Tua : Dulu aku direct salesman jual barang weh, meh nak citer kat ko, kawan aku pun sama.. Tapi, dia jual banyak untung.. Aku padahal jual barang sama, ayat sama tapi tak untung..
Sya : Uiksss, muka dia hensem dari ko kotttt.. HAHA
Orang Tua : Muka aku idaman Malaya kot, aku pun heran.. then aku jumpa ada la orang berilmu, aku tanya dia.. Kenapa rezeki aku susah? Padahal barang sama, semua sama.. tapi aku memang tak untung.. Orang tu cakap, "awak ada tak berdendam dan tak maafkan sesiapa?"..
Sya : Aku pun ada weh tak maafkan orang.. wuuuuuuuuuuuu
Orang Tua : Aku pun cakap ada, SEORANG je aku tak maafkan.. orang tu fitnah aku depan mak ayah aku cakap aku minum Arak, Lillahi, aku tak buat..Then dia pinjam duit aku dulu, walhal dia makin kaya, aku yang miskin.. Dah pinjam duit, bawak fitnah, memang aku tak maafkan dia lahh.. Orang berilmu "Awak sebelum tido, maafkan dia.. InsyAllah rezeki awak akan bertambah"..
Orang Tua : Lepas tu, sebelum tidur tiaptiap malam aku amal maafkan semua orang.. Alhamdulillah rezeki aku makin bertambah dan bertambah.. Sampai sekarang..
Sya : Gilaaa ahhh, aku pun nak buat camtu la..
Orang Tua : Haaa, dah rezeki bertambah tu jangan lupa belanja aku..
Sya : ^@%@^^&@%(*
“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan
lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup
menguasai dirinya ketika marah”
[Hadis Riwayat Muslim]
So renung renungkan, memaafkan tanpa di minta lagi mulia dan memaafkan adalah lebih bahagia.. InsyAllah.. Nikmat Allah tiada siapa yang tahu..
Camna dengan dah minta maaf berkali tapi tidak mahu memaafkan?
Jawaban Syeikh Abdul Muhsin al Ubaikan,
“Jika anda telah mengerahkan
berbagai daya upaya untuk berdamai dengannya maka anda insyaAllah
mendapat pahala sedangkan dialah yang malah berdosa”.
1 geng bergosip!
mohon share..terima kasih..
ReplyDelete