Saturday, 9 July 2011

Omaigodddd!!! bukan SPAM sexy..




Weyyy korang nak tak iPad 2 free, kamera Canon 550D, and henpong HTC desire beb.. sape nak bagi free2 dik non oi.. U olss can got dat item by just join this race.. tak payah lari penat2 ni.. lari-lari dalam lappy je.. Nak tau camne?? check it out!! Btw, u olss kena ade akaun churp churp.. Good luck olsss..



Camni je race die..

click dat link kalo nak join..


Jangan riso tu bukan SPAM dok.. mesti ramai dah tekena SPAM kan? kat pesbuk mesti ramai dah kena.. Wa sebagai budak sains computer bertanggungjawab menasihati korang.. Wa tau mesti ramai pelik gambar sexy seksa keluar dekat wall pesbuk korang kan? korang tau tak SPAM tu ape? aishhh..

Bukan pesbuk je SPAM ni serang, kat email pon ade.. SPAM ni bermuka-muka der.. dia buleh letak gambar sexy yang menyebabkan tangan korang gatai-gatai nak click.. SPAM tu memang sengaja letak gambau sexy.. letak gambau tak sexy korang tak kan click la pulokkk.. pastuh, die buleh jadi macam iklan laa.. Who want get 10000000 juta? oiii,, sape nak begi senang2? sedor la diri siket dok..


Mari buat perhimpunan SPAM.. eh eh..



Kalo wa tekan, suke hati wa laaa.. pesbuk wa, wa pegang.. oi oi.. die punyer tujuan SPAM ni memacam weyy.. memang saje nak suh korang tekan, sebab nanti orang yang buat tu untung atau pun, kalo korang tekan.. die akan fetch o sedut ur information email sume and hack ur bank punyer akaun ke, suke hati die la nk ambik information korang buek apo kan.. Sekarang zaman orang jual information tau.. takut tak? takut tak? takut nyewww.. tu yang leh jadi jenayah cyber..


Nasihat saye la kan, jangan suke tekan memacam sangat.. tambah-tambah link yang sexy-sexy.. atau pun link yang nampak pelik tu.. haaa,, jangan la korang berani sangat nak tekan.. pahtu kalo email pulak, i suggest kan email GMAIL la best sebab rate SPAM ni kurang sikit.. Kalo nak tau lebih lanjut, sila lah anda tanye Pocik Google yep?? Adiosss..


Haa.. peminat VIOS, kite geng!! ni jadual roadshow Vios G Limited and Vios TRD Sportivo limited tau tak!!! Check la tengok dorg pegi tempat anda ke tak kan.. gilossss sematt Vios.. Pehh.. heaven giloss leh drive kete neh.. Test Drive pon jadi lahhhh~



Cun weyhh awek ni.. eh eh.. kete ni.. hee


Semat kete ni weii.. chupp!! aku nak puteh..
yang ni Vios TRD Sportivo..

Click link bawah kalo nak tengok roadshow Toyota di tempat anda!!



Thanks for reading ♥ =)

Friday, 8 July 2011

Hatiku Milikmu ♥


Lagu ni menyentuh jiwa yaww.. Baru 1st time dengar.. dan agak jiwang dan lirik agak bermakna untuk orang dewasa 18taon ke atas.. Kalo time aku sedih, dengar lagu ni memang selok kerah.. memang banjir seMalaya.. hahaha.. muke je lengend tapi hati stay cute.. :)



Hatiku Milikmu - Nera AF9





Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini..


Layannn je lah dik non oi.. sekarang akak agak suke melayan lagu jiwang ni.. al-maklumlah.. akak manusia normal dalam hati ade taman kupu-kupu.. peacee yaww! (*_^)V


Thanks for reading ♥ =)

Thursday, 7 July 2011

Mari Bercium-ciuman..


Assalamualaikum.. Samat Pagi Cikgu!

Saye sekadar ingin syer dengan kamu semua.. Besar nye pahala mengembirakan anak-anak dan juga mencium anak-anak.. Haa.. Ni untuk same2 muhrim je.. Kalau yang bukan muhrim jangan buat ukeh??

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.


Sayangi anak anda walaupun mereka tidak meminta


Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

So, banyak pahala nye kan? tanpa kite sedar, benda yang simple pun boleh mendapat pahala yang besar.. InsyAllah..


Thanks for reading ♥ =)

Wednesday, 6 July 2011

Tiada Lagi Tangisan

Assalamualaikum & Samat Hari Rabu...

Wordless Wednesday~ all time pebert songs.. Just love it!!




Tiada lagi tangisan Hani Aisya.. Jika orang tak menghargai, sila relakan dia pergi dari hidup kamu.. Cukup!!! Tiada lagi tangisan!!! Jangan lagi mengharap pada yang tak sudi.. bukakan pintu hati pada yang sudi..


Thanks for reading ♥ =)

Friday, 1 July 2011

Surat Dilukai & Melukai


Assalamualaikum..



Kehadapan makhluk yang pernah dilukai...

Tolong cekalkan hati..
Walaupun si dia dulu pernah kamu susah senang bersama,
pernah kamu sayang seketika, redha lah dengan ketentuanNya.. Dia lebih
mengetahui mana yang terbaek untuk untuk kamu sekalian.. Jika selalu mengingati si dia, panjatkan lah zikir supaya hati kamu lebih tenang.. Maafkan kesalahan si dia supaya tiada rasa dendam yang boleh membinasakan umat kita sendiri.. Luangkan masa kamu dengan orang yang lebih menyayangi kamu.. Si dia tidak layak lansung untuk berada di hati kamu.. kerana, yang selalu menyayangi kamu tidak akan berbuat begitu..


Chill la adekk maness



Mungkin akan ada insan yang lebih layak untuk mendapat kamu..
Dan pasti serta yakin! Kamu akan mendapat yang lebih baik..
Ingatlah, ape yang terjadi tidak perlu ditangisi lagi.. Hargai orang yang menghargai kamu.. Ingatlah, dunia sentiasa ke hadapan dan tidak akan kembalikan masa lampau zaman Cik Siti Wan Kembang..




Kehadapan makhluk yang pernah melukai...

Tidak perlu kamu berasa bangga dapat melukai hati orang lain..
Kerana kamu tidak layak untuk melukai hati orang lain..
Dan juga jangan terlalu bergembira dengan ape yang kamu kecapi dari hasil orang lain..
Berikan ruang dari hati kamu dan berfikir sejenak bahawa pernahkah kamu berada di tempat orang yang dilukai?
Jika kamu bergembira di atas tangisan orang lain..
Mungkin kebahgiaan kamu tidak akan kekal abadi..
Kerana di dunia tiada yang kekal abadi..
Mohon maaf pada orang yang kamu lukai adalah lebih baik..
Dengan erti kemaafan mungkin hati orang yang telah kamu lukai mampu tenang dan menjalani hidup seperti sedia kala..


Ni tak sukee.. tamo tamo tamo



Roda berputar, dunia juga berputar dan naseb jugak turut sama berputar..
Hukum karma juga sedia menanti..
Jujurlah pada yang dilukai dan tidak perlu menipu untuk menjaga hati..
Menjaga hati sanggup menipu akan lebih membuat si dilukai lebih tenat..




Selamat malam..
Saye tak boleh tido...
Tiap-tiap hari, mulakan hidup baru.. chill olsss... :)




Dengarkan lagu pebret sayee .. POKOK - Meet Uncle Hussain ft Hazama






Thanks for reading ♥ =)