Saturday, 15 October 2011

♥ Yang Bernama Lelaki..



Lelaki...
Adakah kamu mengerti hatiku...
Mungkin ya..
Mungkin tidak...

Maafkan aku jika aku ini membebankan mu..
Merimaskan hari-hari mu..
Bukan ku sengaja..

Hanya aku mahukan kasih sayang..
Hanya aku mahukan perhatian..
Hanya sebagai tempat mengadu..
Hanya sebagai tempat berbicara..

Tidak pernah ku minta rumah berjuta..
Tidak pernah ku minta suatu barang pun..
Tidak pernah ku mengatur langkah mu..
Hanya masa sedikit untuk ku..
Dan juga kejujuran jika perlu..

Ku cuba lakukan yang terbaik..
Kerana kau akan menjadi yang terakhir..
Kerana ku sudah tidak berdaya lagi..
Menempuh sebarang dugaan alam bercinta ini..



Tak kan mungkin dia, tapi hanya kamu..


Hanya Tuhan Yang Esa tahu..
Ku pernah terduduk..
Hampir tidak terbangun..
Hampir tertutup hatiku..
Iman ku lemah, badan tidak berdaya..
Tapi kau yakinkanku..
Terima kasih..

Andai kita tiada jodoh..
Tiada lagi ruang untuk yang bernama lelaki..
Kerana kau akan menjadi yang terakhir..
Aku hanya mampu bertawakal..
Dan redha..
Berserah pada Mu Yang Esa..
Amin...


#Maafkankujikatidaksempurnadimatamu...




Thanks for reading ♥ =)

Thursday, 13 October 2011

Tips Memilih Spectacle Ikut Bentuk Muka..


Assalamualaikumm..

Rindu pulak kat blog neh.. lame gilakk tak update.. bukan tanak update tapi sibuk sangat mengalahkan mak datin.. Sejak praktikal ni mata dah mula sakit dan berair silau.. sakit sangat.. dulu tak ketara sangat tapi sekarang ketara dan terasa sangat.. Maybe sebab hari-hari tengok lapy..

Begini lah nasib kalau rabun + silau.. Bila dah tengok lapy, memula mata pedih-pedih.. nak tengok prof picture korang kat facebook pon da tak comfy... ahaks.. then after pedih mata dah mula berair dan idung auto terus macam nanges.. srootttt.. tepaksa la pegang tisu memanjang.. seksa nya ya Allah.. nape ea jadi camtu?

So, penyelesaian nye, kena pakai speck! Nak pakai speck cmna ni.. Sebab kalo pakai speck memang sebijik muka ummi.. nanti tertukar camna? konon nak nampak ranggi la konon.. da try pegi kedai speck tapi tak jumpa yang sesuai yang muka bujur kite neh.. aishh..

So bagi yang konpius gak, boleh la nak syerkan sedikit tips.. hope ia membantu kalo tak banyak pun sedikit.. hee

Saya.. saya!! hehe


* Mereka yang memiliki bentuk muka bujur amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah. Salah satu bentuk sunglasses yang padan dengan muka bentu bujur ialah Aviator.


* Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau bersudut tajam dapat mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.




* Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau coklat juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.


* Untuk wajah berbentuk empat segi atau petak, pilihan bingkai yang sesuai ialah yang berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.


Okies, dats all dear.. hope its helping all n me to!! =)
Source : selangor2u.com


Thanks for reading ♥ =)

Wednesday, 12 October 2011

Wordless Wednesday : Dessert ♥




















Thailand Dessert.. Mabeles!! Siyes dap weyy.. dapp uhh.. Cube teka its name?


Thanks for reading ♥ =)

Thursday, 6 October 2011

Kelebihan Bukan Kekurangan ♥ Sayangnya Allah..

#celupdariFacebook..

Sayangnya Allah Pada Perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
Nak kena tutup sana, tutup sini..
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising..
Perempuan, stoking pon kena pakai..
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari..
Komfem tak tahan bertutup semua..
Tapi, perempuan cool jek..

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit..
Nak pergi kelas pon susah..
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit..
Cuba tengok budak lelaki , selamber jek..
Kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit..
Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dgn penyakit tiap-tiap bulan, survive jek..
Tengah-tengah sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon tak perasan yg dia sakit..
Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Hati ni Allah jadikan lembut betul..
Cepat jek sensitif..
Cuba tengok orang putus cinta..
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa..
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru..
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan..
Siapa yg paling teruk menangis?
Perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi..
Lembut tak lembut hati perempuan..
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki..

Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah..
Diorang cakap, Allah tak adil..






Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah..
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan..
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel..
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'..
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki..
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati..
Kesian kan kat diorang?
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang..
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah tak adil..
Persoalannya sekarang..
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan..
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami..
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya..

Betul, isteri kena ikut cakap suami..
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya..
Tak adil lagikah Allah pada perempuan..
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan..
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya..
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri..
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu..
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki..
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu..

MashaAllah, hebatnya perempuan kan?
Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat..
Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio..

Banyak lagu pasal perempuan kan?
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki..
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia..

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita tak pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu?
Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan..
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni..
Perempuan senang nak masuk syurga..

Tengok hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Oh perempuan, sedarlah..
Betapa sayangnya Allah dekat kita..
Betapa cintanya Allah dekat kita..
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yang tak berasas dekat Allah..
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia..
Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan..
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah..
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan..
Sekadar perkongsian bersama ..


~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia..

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..

#Thanks Allah... Beruntung saya jadi perempuan... Semoga kita dan kalian menjadi perempuan yang solehah =")


Thanks for reading ♥ =)