Allah melindungiku. Alhamdulillah :)
12:15 pm
Setiap hari, setiap detik. Fikiran sentiasa berfikir mengapa besar ujianMu ini.
Tetapi sehingga saat ini aku masih kuat dan masih berpegang padaMu.
Walau hati ini telah beribu kali telah syirik ingin lari dari dunia.
Allah masih melindungiku, kerana Dia telah memberi aku jalan terbaik.
Aku tersedar kehadiranMu di saat saudara ku masih tersesat di dalam dunia keseronokan,
Aku tersedar dikala saudara ku yang lain masih bergaul bebas,
Aku tersedar di kala saudara ku masih mengejar cinta yang tak pasti,
Aku tersedar dikala saudara ku masih belum mengenal nikmat ujianMu.
Allah..
Betapa sayang Mu terhadap ku,
Betapa Kau berikan yang terbaik kepada ku,
Walau aku telah berbuat dosa kepada Mu,
Masih Kau berikan aku sedetik kesedaran terhadap Mu,
Dikala saudara ku masih belum mengenal Mu.
Aku mampu rasakan Kau masih sayang padaKu.
Ya Allah..
Berikan sedetik kesedaran yang Kau kurniakan pada ku,
Berikan ya Allah,
Aku merayu padaMu,
Berikan kepada mereka, saudaraku...
Aku ingin menemuinya di Syurga abadi.
Aku ingin menemui mereka bersama keseronokan abadi,
Aku ingin menemui mereka bersama cinta yang pasti,
Aku ingin menemui mereka bersama nikmat Mu yang disyukuri.
Allahuakhbar, Allahuakhbar..
Aku bukan sebaik maksum
Tetapi hanya insan yang ingin bersaudara abadi.
0 geng bergosip!